Tahniah dan syabas sekali lagi atas kejayaan sekolah memperoleh tempat kedua Kategori Sekolah Menengah dalam Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran F&N, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Perbandaran Pulau Pinang pada 6 November 2012. Sekolah berjaya menerima hadiah bernilai RM 1100.00. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Loo Say Leng.
SMK Tanjong Bunga
Wednesday, 7 November 2012
Saturday, 3 November 2012
Pembatalan Evidens Yang Tersalah Tanda
Emel daripada Encik Mohd Mukhrizam Mohktar, Pegawai PBS PPD Timur Laut.
Assalam dan selamat sejahtera,
merujuk kepada subject email, pembatalan bagi evidens yang tersalah tanda dan telahpun ditekan butang simpan kini boleh dibetulkan. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa prosedur yang perlu diikut:
mesti dibincangkan dan diminitkan dalam kes-kes khas.
menghantar surat rasmi pembatalan evidens melalui guru besar/pengetua yang mengandungi butiran berikut:
- kod sekolah
- nama pelajar
- no. mykid
- kelas
- matapelajaran yang perlu dibatalkan
perlu diingat, JIKA pembatalan berjaya dilakukan, guru perlu mengisi semula dari awal mengikut bulan yang ditaksir. Pembatalan, JIKA BERJAYA, hanya akan dibuat bermula pada 12/11/2012 kerana pegawai pbs tiada di pejabat dan bertugas di Sarawak. Walaubagaimanapun surat permohonan pembatalan boleh dihantar segera.
Sekian, terima kasih.
mukhrizam
pegawai pbs
Wednesday, 24 October 2012
SMKTB... Go Green!
Kejayaan SMKTB meraih Anugerah Khas Kategori Kegiatan Luar serta Anugerah Hadiah Galakan dalam Anugerah Sekolah Hijau 2012 Peringkat Pulau berjaya membuktikan kesungguhan warga sekolah sepakat menghijaukan sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Loo Say Leng.
Friday, 12 October 2012
Pengumuman
1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
2. Data SEGAK murid mesti direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
3. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.
Monday, 1 October 2012
Pengisian data SEGAK di dalam SPPBS
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tuan,
Dimaklumkan bahawa data SEGAK bagi penggal pertama masih boleh diisi di dalam SPPBS walaupun di dalam laman sesawang SPPBS dinyatakan telah ditutup tempoh pengisian data SEGAK untuk penggal pertama. Lembaga Peperiksaan, setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak, telah membuka semula ruang untuk pengisian data SEGAK. Diharapkan, maklumat ini dapat disebarkan kepada guru kelas Tingkatan 1 untuk mengambil tindakan segera.
Sekian, terima kasih.
mukhrizam
pen.ppd pbs
Monday, 24 September 2012
Pengumuman
PENGEMASKINIAN DATA e-PROFIL DALAM SISTEM e-SPLG
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Semua PPP Gred DG48, DG52 ke atas, diminta mengemaskini data e-Profil dalam sistem e-SPLG sebelum/pada 29 September 2012.
3. Semua PPP Gred DG44 ke bawah perlu mengemaskini data e-Profil dalam sistem e-SPLGsebelum/pada 14 Oktober 2012.
4. Sekiranya tuan/puan gagal mengemaskini data tersebut, tuan/puan akan diberi surat penjelasan.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Timur Laut
Wednesday, 19 September 2012
Aktiviti Pembudayaan PBS - Penghargaan
TAHNIAH, Mohd Fuad bin Omar!
Warga SMK Tanjong Bunga mengucapkan tahniah kepada Mohd Fuad bin Omar kerana menjadi Johan Kategori bawah 17 tahun Pertandingan Skimboarding Antarabangsa Pulau Pinang, kelmarin. Berpegang kepada prinsip "Percaya kepada kemampuan diri", Mohd Fuad berjaya mencipta rekod peribadi apabila menjadi satu-satunya peserta Malaysia memenangi tempat pertama daripada lima kategori yang dipertandingkan.
Tahniah Mohd Fuad kerana meletakkan nama Malaysia sebaris dengan empat peserta dari Filipina yang mengungguli empat kategori dalam pertandingan berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)