Tahniah dan syabas sekali lagi atas kejayaan sekolah memperoleh tempat kedua Kategori Sekolah Menengah dalam Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran F&N, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Perbandaran Pulau Pinang pada 6 November 2012. Sekolah berjaya menerima hadiah bernilai RM 1100.00. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Loo Say Leng.
Wednesday, 7 November 2012
Saturday, 3 November 2012
Pembatalan Evidens Yang Tersalah Tanda
Emel daripada Encik Mohd Mukhrizam Mohktar, Pegawai PBS PPD Timur Laut.
Assalam dan selamat sejahtera,
merujuk kepada subject email, pembatalan bagi evidens yang tersalah tanda dan telahpun ditekan butang simpan kini boleh dibetulkan. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa prosedur yang perlu diikut:
mesti dibincangkan dan diminitkan dalam kes-kes khas.
menghantar surat rasmi pembatalan evidens melalui guru besar/pengetua yang mengandungi butiran berikut:
- kod sekolah
- nama pelajar
- no. mykid
- kelas
- matapelajaran yang perlu dibatalkan
perlu diingat, JIKA pembatalan berjaya dilakukan, guru perlu mengisi semula dari awal mengikut bulan yang ditaksir. Pembatalan, JIKA BERJAYA, hanya akan dibuat bermula pada 12/11/2012 kerana pegawai pbs tiada di pejabat dan bertugas di Sarawak. Walaubagaimanapun surat permohonan pembatalan boleh dihantar segera.
Sekian, terima kasih.
mukhrizam
pegawai pbs
Wednesday, 24 October 2012
SMKTB... Go Green!
Kejayaan SMKTB meraih Anugerah Khas Kategori Kegiatan Luar serta Anugerah Hadiah Galakan dalam Anugerah Sekolah Hijau 2012 Peringkat Pulau berjaya membuktikan kesungguhan warga sekolah sepakat menghijaukan sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Loo Say Leng.
Friday, 12 October 2012
Pengumuman
1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
2. Data SEGAK murid mesti direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
3. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.
Monday, 1 October 2012
Pengisian data SEGAK di dalam SPPBS
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tuan,
Dimaklumkan bahawa data SEGAK bagi penggal pertama masih boleh diisi di dalam SPPBS walaupun di dalam laman sesawang SPPBS dinyatakan telah ditutup tempoh pengisian data SEGAK untuk penggal pertama. Lembaga Peperiksaan, setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak, telah membuka semula ruang untuk pengisian data SEGAK. Diharapkan, maklumat ini dapat disebarkan kepada guru kelas Tingkatan 1 untuk mengambil tindakan segera.
Sekian, terima kasih.
mukhrizam
pen.ppd pbs
Monday, 24 September 2012
Pengumuman
PENGEMASKINIAN DATA e-PROFIL DALAM SISTEM e-SPLG
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Semua PPP Gred DG48, DG52 ke atas, diminta mengemaskini data e-Profil dalam sistem e-SPLG sebelum/pada 29 September 2012.
3. Semua PPP Gred DG44 ke bawah perlu mengemaskini data e-Profil dalam sistem e-SPLGsebelum/pada 14 Oktober 2012.
4. Sekiranya tuan/puan gagal mengemaskini data tersebut, tuan/puan akan diberi surat penjelasan.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Timur Laut
Wednesday, 19 September 2012
Aktiviti Pembudayaan PBS - Penghargaan
TAHNIAH, Mohd Fuad bin Omar!
Warga SMK Tanjong Bunga mengucapkan tahniah kepada Mohd Fuad bin Omar kerana menjadi Johan Kategori bawah 17 tahun Pertandingan Skimboarding Antarabangsa Pulau Pinang, kelmarin. Berpegang kepada prinsip "Percaya kepada kemampuan diri", Mohd Fuad berjaya mencipta rekod peribadi apabila menjadi satu-satunya peserta Malaysia memenangi tempat pertama daripada lima kategori yang dipertandingkan.
Tahniah Mohd Fuad kerana meletakkan nama Malaysia sebaris dengan empat peserta dari Filipina yang mengungguli empat kategori dalam pertandingan berkenaan.
Tuesday, 18 September 2012
Pengumuman
1. Dimaklumkan bahawa SPPBS telah beroperasi di hosting baharu dan membaca data APDM secara live.
2. Tarikh akhir kemasukan SEGAK bagi Penggal 1 dilanjutkan dari 15 Ogos ke 31 Ogos 2012 manakala untuk Penggal 2 ialah pada 30 September 2012.- Lembaga Peperiksaan & Bahagian Pengurusan Maklumat- | ||
Friday, 14 September 2012
Makluman Pengoperasian SPPBS di hosting baharu
Dimaklumkan bahawa SPPBS telah beroperasi di hosting baharu dan membaca data APDM secara live.
Wednesday, 12 September 2012
Lawatan Penanda Aras PBS
![]() |
Lawatan Penanda Aras PBS sekolah-sekolah swasta dan SAR |
11 Sept 2012 - Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran serta guru-guru dari sekitar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat Pulau Pinang hadir ke SMK Tanjong Bunga untuk lawatan penanda aras PBS. Lawatan ini merupakan anjuran Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Pulau Pinang. Yang turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Puan Saniah binti Roslan, Ketua Unit, Unit Pendidikan Swasta, Puan Hjh Anita binti Ariffin, Pegawai Pendidikan Khas PPD Timur Laut, Pegawai Pendidikan Khas PPD Barat Daya dan Pegawai PBS PPD Tengah.
![]() |
Sesi ramah mesra pegawai bersama dengan murid Pendidikan Khas |
Sunday, 9 September 2012
Perhatian
Dimaklumkan bahawa SPPBS akan ditutup pada jam 11.00 malam 7 September 2012 (Jumaat) sehingga jam 6.00 petang 9 September 2012 (Ahad) disebabkan oleh kerja-kerja migrasi SPPBS ke hosting baharu. Sebarang kesulitan amat dikesali.
Aktiviti Pembudayaan PBS - Mengenang Jasa Guru
Jasa Cikgu Tan Lay Bee dikenang...
![]() |
Jasamu dikenang... Happy Birthday & Happy Retirement, Miss Tan Lay Bee. |
Serentak dengan Jamuan Raya, warga SMKTB turut meraikan hari lahir Cikgu Tan Lay Bee yang telah pun bersara pada 1 Sept 2012. Selamat hari lahir (oops sebenarnya Happy Belated Birthday)dan semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seterusnya.
Aktiviti Pembudayaan PBS - Penerapan Nilai Murni
Jamuan Raya 2012
Suasana Jamuan Raya 2012 |
Majlis Permuafakatan Islam SMKTB dengan kerjasama Kelab Guru SMKTB telah berjaya menganjurkan Jamuan Raya 2012 pada 8 Sept 2012. Program ini bertujuan untuk menjalinkan ukhwah dalam kalangan warga SMK Tanjong Bunga. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam tujuan merapatkan silaturrahim antara guru dan murid serta warga sekolah yang lain.
Aktiviti Pembudayaan PBS - Penerapan Nilai Murni
Projek Pendidikan Alam Sekitar
"Meringankan Jejak Kaki Ekologi di bumi"
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta dan guru pembimbing Pertandingan Projek Pendidikan Alam Sekitar yang diadakan baru-baru ini. Tarikh 8 Sept 2012 membuktikan bahawa warga SMKTB mampu memberikan saingan kepada sekolah-sekolah lain kerana walaupun inilah penyertaan julung-julung kalinya murid Tingkatan 2 yang terdiri daripada Jordan Soh Shin Jet, Khoo Teng Soon, Nicholas Liew Yong Sheng, Louis Lim Zheng Earl dan Harrviin a/l Sukumaran mencuba nasib. Yang penting ialah semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan sekolah bersama dengan guru pembimbing iaitu Cikgu Loo Say Leng dan Cikgu Tan Hong Looi.
Pertandingan ini merupakan program anjuran Seameo RECSAM dengan kerjasama JPN Pulau Pinang. Pasukan sekolah telah menerima hadiah saguhati RM100.00. Tahniah! Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak ke arah yang lebih baik.
Tuesday, 4 September 2012
Penggunaan Internet Explorer Untuk SPPBS
Pesanan daripada Encik Mohd Mukhrizam Pegawai PBS PPD Timur Laut melalui emel pada 17 Ogos 2012
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tuan,
Peringatan untuk SU PBS dan semua guru tingkatan 1. Untuk memudahkan pengisian data melalui sppbs, Internet Explorer mesti digunakan. Jika menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk melayari dan mengisi data untuk sppbs, kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk melihat senarai guru atau murid yang lengkap. Untuk itu diingatkan kepada semua guru yang terlibat dengan pengisian data untuk sppbs, sila gunakan Internet Explorer. Terima kasih diucapkan kepada SU PBS SMK (P) Sri Mutiara untuk peringatn ini.
Sekian, terima kasih.
mukhrizam
pen ppd (pbs)
Monday, 3 September 2012
Soal Selidik Kesediaan Guru Untuk Melaksanakan PBS
Berikut ialah emel daripada Encik Mohd Mukhrizam bin Mohd Mohtar tentang soal selidik tersebut. Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1 diwajibkan untuk menjawab soal selidik berkenaan.
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tuan,
Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan sedang melaksanakan kajian soal selidik berkenaan kesediaan guru untuk melaksanakan PBS. Semua guru Tingkatan 1 wajib menjawab soal selidik ini. Tuan Pengetua juga perlu mengesahkan borang soal selidik ini. Borang soal selidik ini perlu diisi di www.moe.gov.my/lp/ (laman sesawang Lembaga Peperiksaan). Borang soal selidik ini perlu diisi sebelum atau pada 7 September 2012. Kerjasama pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
mukhrizam
pen. ppd (pbs)
Sunday, 2 September 2012
Sekadar Renungan
Dari titisan air mata, kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir, kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan, kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah, kita belajar MEMAAFKAN
Dari sebuah harapan, kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan, kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan, kita belajar KETULUSAN
Friday, 31 August 2012
Karnival Kokurikulum 2012
Tanggal 30 Ogos 2012 tercatat dalam rentetan sejarah sekolah apabila tiga acara berlaku serentak pada hari tersebut; Sambutan Ambang Kemerdekaan, Majlis Persaraan Cikgu Tan Lay Bee dan Karnival Kokurikulum. Yang hadir untuk menyempurnakan Karnival Kokurikulum 2012 ialah Encik Abdul Said bin Hussain, Ketua Unit Sukan, JPN Pulau Pinang. Sesungguhnya kehadiran beliau dapat menyuntik semangat anak-anak didik untuk terus bergiat aktif dalam kokurikulum.
Yang mengagumkan pihak sekolah sedaya upaya cuba untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyokong ke arah membudayakan PBS di SMK Tanjong Bunga.
Subscribe to:
Posts (Atom)