Tanggal 30 Ogos 2012 tercatat dalam rentetan sejarah sekolah apabila tiga acara berlaku serentak pada hari tersebut; Sambutan Ambang Kemerdekaan, Majlis Persaraan Cikgu Tan Lay Bee dan Karnival Kokurikulum. Yang hadir untuk menyempurnakan Karnival Kokurikulum 2012 ialah Encik Abdul Said bin Hussain, Ketua Unit Sukan, JPN Pulau Pinang. Sesungguhnya kehadiran beliau dapat menyuntik semangat anak-anak didik untuk terus bergiat aktif dalam kokurikulum.
Yang mengagumkan pihak sekolah sedaya upaya cuba untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyokong ke arah membudayakan PBS di SMK Tanjong Bunga.