Monday, 24 September 2012

Pengumuman

PENGEMASKINIAN DATA e-PROFIL DALAM SISTEM e-SPLG

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Semua PPP Gred DG48, DG52 ke atas, diminta mengemaskini data e-Profil dalam sistem e-SPLG sebelum/pada 29 September 2012.

3. Semua PPP Gred DG44 ke bawah perlu mengemaskini data e-Profil dalam sistem e-SPLGsebelum/pada 14 Oktober 2012.

4. Sekiranya tuan/puan gagal mengemaskini data tersebut, tuan/puan akan diberi surat penjelasan.

Sekian, terima kasih.



Unit Pengurusan Sekolah
PPD Timur Laut

Wednesday, 19 September 2012

Aktiviti Pembudayaan PBS - Penghargaan

TAHNIAH, Mohd Fuad bin Omar!

Warga SMK Tanjong Bunga mengucapkan tahniah kepada Mohd Fuad bin Omar kerana menjadi Johan Kategori bawah 17 tahun Pertandingan Skimboarding Antarabangsa Pulau Pinang, kelmarin. Berpegang kepada prinsip "Percaya kepada kemampuan diri", Mohd Fuad berjaya mencipta rekod peribadi apabila menjadi satu-satunya peserta Malaysia memenangi tempat pertama daripada lima kategori yang dipertandingkan.
Tahniah Mohd Fuad kerana meletakkan nama Malaysia sebaris dengan empat peserta dari Filipina yang mengungguli empat kategori dalam pertandingan berkenaan.

Tuesday, 18 September 2012

Pengumuman


1. Dimaklumkan bahawa SPPBS telah beroperasi di hosting baharu dan membaca data APDM secara live.
2. Tarikh akhir kemasukan SEGAK bagi Penggal 1 dilanjutkan dari 15 Ogos ke 31 Ogos 2012 manakala untuk Penggal 2 ialah pada 30 September 2012.
- Lembaga Peperiksaan & Bahagian Pengurusan Maklumat-

Friday, 14 September 2012

Makluman Pengoperasian SPPBS di hosting baharu

Dimaklumkan bahawa SPPBS telah beroperasi di hosting baharu dan membaca data APDM secara live.

Wednesday, 12 September 2012

Lawatan Penanda Aras PBS

Lawatan Penanda Aras PBS sekolah-sekolah swasta dan SAR
11 Sept 2012 - Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran serta guru-guru dari sekitar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat Pulau Pinang hadir ke SMK Tanjong Bunga untuk lawatan penanda aras PBS. Lawatan ini merupakan anjuran Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Pulau Pinang. Yang turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Puan Saniah binti Roslan, Ketua Unit, Unit Pendidikan Swasta, Puan Hjh Anita binti Ariffin, Pegawai Pendidikan Khas PPD Timur Laut, Pegawai Pendidikan Khas PPD Barat Daya dan Pegawai PBS PPD Tengah.
Sesi ramah mesra pegawai bersama dengan murid Pendidikan Khas

Sunday, 9 September 2012

Perhatian

Dimaklumkan bahawa SPPBS akan ditutup pada jam 11.00 malam 7 September 2012 (Jumaat) sehingga jam 6.00 petang 9 September 2012 (Ahad) disebabkan oleh kerja-kerja migrasi SPPBS ke hosting baharu. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Aktiviti Pembudayaan PBS - Mengenang Jasa Guru

Jasa Cikgu Tan Lay Bee dikenang...

Jasamu dikenang... Happy Birthday & Happy Retirement, Miss Tan Lay Bee.
Serentak dengan Jamuan Raya, warga SMKTB turut meraikan hari lahir Cikgu Tan Lay Bee yang telah pun bersara pada 1 Sept 2012. Selamat hari lahir (oops sebenarnya Happy Belated Birthday)dan semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seterusnya.

Aktiviti Pembudayaan PBS - Penerapan Nilai Murni

Jamuan Raya 2012


Suasana Jamuan Raya 2012

Majlis Permuafakatan Islam SMKTB dengan kerjasama Kelab Guru SMKTB telah berjaya menganjurkan Jamuan Raya 2012 pada 8 Sept 2012. Program ini bertujuan untuk menjalinkan ukhwah dalam kalangan warga SMK Tanjong Bunga. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam tujuan merapatkan silaturrahim antara guru dan murid serta warga sekolah yang lain.

Aktiviti Pembudayaan PBS - Penerapan Nilai Murni

Projek Pendidikan Alam Sekitar

"Meringankan Jejak Kaki Ekologi di bumi"

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta dan guru pembimbing Pertandingan Projek Pendidikan Alam Sekitar yang diadakan baru-baru ini. Tarikh 8 Sept 2012 membuktikan bahawa warga SMKTB mampu memberikan saingan kepada sekolah-sekolah lain kerana walaupun inilah penyertaan julung-julung kalinya murid Tingkatan 2 yang terdiri daripada Jordan Soh Shin Jet, Khoo Teng Soon, Nicholas Liew Yong Sheng, Louis Lim Zheng Earl dan Harrviin a/l Sukumaran mencuba nasib. Yang penting ialah semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan sekolah bersama dengan guru pembimbing iaitu Cikgu Loo Say Leng dan Cikgu Tan Hong Looi.
Pertandingan ini merupakan program anjuran Seameo RECSAM dengan kerjasama JPN Pulau Pinang. Pasukan sekolah telah menerima hadiah saguhati RM100.00. Tahniah! Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak ke arah yang lebih baik.

Tuesday, 4 September 2012

Penggunaan Internet Explorer Untuk SPPBS

Pesanan daripada Encik Mohd Mukhrizam Pegawai PBS PPD Timur Laut melalui emel pada 17 Ogos 2012 Assalammualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Peringatan untuk SU PBS dan semua guru tingkatan 1. Untuk memudahkan pengisian data melalui sppbs, Internet Explorer mesti digunakan. Jika menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk melayari dan mengisi data untuk sppbs, kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk melihat senarai guru atau murid yang lengkap. Untuk itu diingatkan kepada semua guru yang terlibat dengan pengisian data untuk sppbs, sila gunakan Internet Explorer. Terima kasih diucapkan kepada SU PBS SMK (P) Sri Mutiara untuk peringatn ini.  Sekian, terima kasih. mukhrizam pen ppd (pbs)

Monday, 3 September 2012

Soal Selidik Kesediaan Guru Untuk Melaksanakan PBS

Berikut ialah emel daripada Encik Mohd Mukhrizam bin Mohd Mohtar tentang soal selidik tersebut. Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1 diwajibkan untuk menjawab soal selidik berkenaan. Assalammualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan sedang melaksanakan kajian soal selidik berkenaan kesediaan guru untuk melaksanakan PBS. Semua guru Tingkatan 1 wajib menjawab soal selidik ini. Tuan Pengetua juga perlu mengesahkan borang soal selidik ini. Borang soal selidik ini perlu diisi di www.moe.gov.my/lp/ (laman sesawang Lembaga Peperiksaan). Borang soal selidik ini perlu diisi sebelum atau pada 7 September 2012. Kerjasama pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. mukhrizam pen. ppd (pbs)

Sunday, 2 September 2012

Sekadar Renungan

Dari titisan air mata, kita belajar MENGERTI Dari rasa khuatir, kita belajar PERCAYA Dari rasa kehilangan, kita belajar MENGHARGAI Dari rasa bersalah, kita belajar MEMAAFKAN Dari sebuah harapan, kita belajar BERJUANG Dari sebuah perjuangan, kita belajar BERKORBAN Dari sebuah pengorbanan, kita belajar KETULUSAN