Kejayaan SMKTB meraih Anugerah Khas Kategori Kegiatan Luar serta Anugerah Hadiah Galakan dalam Anugerah Sekolah Hijau 2012 Peringkat Pulau berjaya membuktikan kesungguhan warga sekolah sepakat menghijaukan sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Loo Say Leng.
Wednesday, 24 October 2012
Friday, 12 October 2012
Pengumuman
1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.
2. Data SEGAK murid mesti direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.
3. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.
Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.
Monday, 1 October 2012
Pengisian data SEGAK di dalam SPPBS
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tuan,
Dimaklumkan bahawa data SEGAK bagi penggal pertama masih boleh diisi di dalam SPPBS walaupun di dalam laman sesawang SPPBS dinyatakan telah ditutup tempoh pengisian data SEGAK untuk penggal pertama. Lembaga Peperiksaan, setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak, telah membuka semula ruang untuk pengisian data SEGAK. Diharapkan, maklumat ini dapat disebarkan kepada guru kelas Tingkatan 1 untuk mengambil tindakan segera.
Sekian, terima kasih.
mukhrizam
pen.ppd pbs
Subscribe to:
Posts (Atom)