Wednesday, 7 November 2012

Rethink Our Lives, Rethink Green

Tahniah dan syabas sekali lagi atas kejayaan sekolah memperoleh tempat kedua Kategori Sekolah Menengah dalam Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran F&N, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Perbandaran Pulau Pinang pada 6 November 2012. Sekolah berjaya menerima hadiah bernilai RM 1100.00. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Loo Say Leng.

Saturday, 3 November 2012

Pembatalan Evidens Yang Tersalah Tanda

Emel daripada Encik Mohd Mukhrizam Mohktar, Pegawai PBS PPD Timur Laut.

Assalam dan selamat sejahtera,
merujuk kepada subject email, pembatalan bagi evidens yang tersalah tanda dan telahpun ditekan butang simpan kini boleh dibetulkan. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa prosedur yang perlu diikut:
mesti dibincangkan dan diminitkan dalam kes-kes khas.
menghantar surat rasmi pembatalan evidens melalui guru besar/pengetua yang mengandungi butiran berikut:
  • kod sekolah
  • nama pelajar
  • no. mykid
  • kelas
  • matapelajaran yang perlu dibatalkan
perlu diingat, JIKA pembatalan berjaya dilakukan, guru perlu mengisi semula dari awal mengikut bulan yang ditaksir. Pembatalan, JIKA BERJAYA, hanya akan dibuat bermula pada 12/11/2012 kerana pegawai pbs tiada di pejabat dan bertugas di Sarawak. Walaubagaimanapun surat permohonan pembatalan boleh dihantar segera.

Sekian, terima kasih.

mukhrizam
pegawai pbs